Kurma ajwa madinah yang di jual di Al Hannan iaitu Ajwa Madinah Gred AA. Kurma ajwa mempunyai gabungan tekstur lembut dan kering, rasanya manis dan licin di dalam mulut. Ajwa Madinah mempunyai sifat penyembuhan dan di dalam hadis nabi juga menyatakan bahawa ” Sesiapa yang memakan 7 biji ajwa pada waktu pagi insyaAllah dapat melindungi seseorang dari sihir dan racun sehingga waktu malam.
Jenis kurma Ajwa ditanam terutamanya di rantau Al-Madina di Arab Saudi. Usaha-usaha untuk memperkenalkannya kepada kawasan tanam kurma lain di dunia tidak begitu berjaya dan ternyata keadaan iklim di rantau ini adalah yang paling sesuai untuk pertumbuhannya. Satu kajian yang dilakukan di Khairpur, Pakistan menunjukkan bahawa pertumbuhan jenis kurma ini serupa dengan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan lain yang biasanya ditanam di Arab Saudi. (Abul-Soad, Jatoi dan Markhand, 2013)
kurma Safawi di import dari madinah mempunyai 2 saiz atau gred iaitu kurma safawi gred AAA dan kurma safawi gred Jumbo. Kurma yang di jual di dalam pouch 200gm ini adalah Gred AAA. Kurma safawi bewarna hitam dan rasanya cukup manis, berisi dan mengandungi vitamin. Ianya di tanam di madinah. Kurma safawi juga terkenal dengan sifat penyembuhannya..
Jika dimakan dalam keadaan perut kosong Insya Allah ia dapat membunuh cacing dalam perut. Kurma safawi juga mengandungi mineral yang cukup tinggi.
Kurma Piarom (Maryami), juga dikenali sebagai kurma Mariami atau ‘kurma coklat’, dapat dikatakan sebagai salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat di dunia. Kurma Piarom mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad.
Kurma Piarom adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. Ia mempunyai saiz 3-5cm (lebih besar daripada jenis kurma lain), dan dianggap semi-kering kerana kandungan kelembapan yang rendah iaitu kurang daripada 15%, lebih rendah daripada jenis kurma lain.
Ditanam di: Lebih dari 95% kurma Piarom dihasilkan di Hajiabad, Hormozgan, Iran bahagian Selatan. Pokok di mana mereka tumbuh biasanya ditanam di kawasan gunung dan lembangan pengairan.
Tempoh penuaian: Pertengahan September
Modal Permulaan Untuk Ejen Adalah Dengan Membuat 1 carton Kurma Ini iaitu 20pouch & Stokis Pula 5 Carton kurma iaitu 100 Pouch Kurma
Keuntungan Bagi Ejen +- 25% Manakala Stokis +- 30%.
Contoh Harga Retail Kurma Ajwa RM 25 ,Harga Ejen RM 18.75 Maka Keuntungan +-RM 6.25/pouch
Contoh Harga Retail Kurma Ajwa RM 25 ,Harga Stokis RM 17.50 Maka Keuntungan +-RM 7.50/pouch
Mengikut Lokasi & Timbangan Berat . Rujuk DI Link Pembelian Ruangan Penghantaran.
Penghantaran di buat melalui Pos Laju City Link & Kuirer Kurier berdaftar dengan Alhannanx
Ajwa : +-20 biji , Safawi : +-16 biji , Mariami +-20biji