Saya Berminat Nak Buat Oem Jenama Sendiri Produk Kurma

" Saya Seorang Produk Owner Berminat Nak Keluarkan Jenama Sendiri Untuk Produk Produk Makanan & Sunnah

" Saya Mempunyai Pelanggan Yang Ingin Membuat Jenama Sendiri Untuk Produk Makanan

Syarikat Saya Nak Bagi Cenderahati Kurma Kepada Staff Ramadan Ini Dengan Nak Mencetak Logo Syarikat Di Label Pouch / Kotak Kurma

Mengapa Perlu Buat Kurma Jenama Sendiri Dengan Al Hannanx ?

Pilihan Produk Makanan Yang Berkualiti

Terdapat Beberapa Jenis Makanan Yang Sesuai Seperti Kurma Jenama Sendiri, Sumac Jenama Sendiri, Madu Sidr Jenama Sendiri, Habbatus Sauda Jenama Sendiri, Atau apa apa produk yang anda rasakan sesuai. Hubungi kami untuk pertanyaan lebih lanjut.

Al Hannan Pembekal Kurma Malaysia Dan Makanan Dari Timur Tengah

Al Hannan Group Trading merupakan exporter , pembekal & pemborong untuk kurma di Malaysia & juga Makanan dari Timur Tengah , Singapore & Brunei , Warehouse kami terletak di Pandan Indah.

Kilang Yang Bersih & Ada Sijil Halal , Mesti & ISO

Kilang yang bersih mengikut piawaian yang di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mempunyai Sijil Halal , Mesti Dan ISO.

Percuma Design & Consultation Untuk Jenama Sendiri

Al Hannanx kurma harga borong sangat menitik beratkan kualiti kurma yang di jual kepada pelanggan. Team Design kami akan duduk dan berbincang mengenai "Branding" untuk kurma jenama sendiri anda atau produk produk lain.

Produk Produk Kurma Al Hannanx Untuk Rakan Niaga

Kurma Ajwa Madinah

Kurma ajwa Madinah yang di jual di Al Hannan iaitu Ajwa Madinah Gred AA. Kurma ajwa mempunyai gabungan tekstur lembut dan kering, rasanya manis dan licin di dalam mulut. Ajwa Madinah mempunyai sifat penyembuhan dan di dalam hadis Nabi ﷺ  juga menyatakan bahawa ” Sesiapa yang memakan 7 biji ajwa pada waktu pagi insyaAllah dapat melindungi seseorang dari sihir dan racun sehingga waktu malam.

Jenis kurma Ajwa ditanam terutamanya di rantau Al-Madina di Arab Saudi. Usaha-usaha untuk memperkenalkannya kepada kawasan tanam kurma lain di dunia tidak begitu berjaya dan ternyata keadaan iklim di rantau ini adalah yang paling sesuai untuk pertumbuhannya. Satu kajian yang dilakukan di Khairpur, Pakistan menunjukkan bahawa pertumbuhan jenis kurma ini serupa dengan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan lain yang biasanya ditanam di Arab Saudi. (Abul-Soad, Jatoi dan Markhand, 2013)

Kurma Safawi Madinah

Kurma Safawi di import dari madinah mempunyai 2 saiz atau gred iaitu kurma safawi gred AAA dan kurma safawi gred Jumbo. Kurma yang di jual di dalam pouch 200gm ini adalah Gred AAA. Kurma safawi bewarna hitam dan rasanya cukup manis, berisi dan mengandungi vitamin. Ianya di tanam di madinah. Kurma safawi juga terkenal dengan sifat penyembuhannya.. 

Jika dimakan dalam keadaan perut kosong Insya Allah ia dapat membunuh cacing dalam perut. Kurma safawi juga mengandungi mineral yang cukup tinggi

Kurma Mariami

Kurma Piarom (Maryami), juga dikenali sebagai kurma Mariami atau ‘kurma coklat’, dapat dikatakan sebagai salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat di dunia. Kurma Piarom mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad.

Kurma Piarom adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. Ia mempunyai saiz 3-5cm (lebih besar daripada jenis kurma lain), dan dianggap semi-kering kerana kandungan kelembapan yang rendah iaitu kurang daripada 15%, lebih rendah daripada jenis kurma lain.

Ditanam di Lebih dari 95% kurma Piarom dihasilkan di Hajiabad, Hormozgan, Iran bahagian Selatan. Pokok di mana mereka tumbuh biasanya ditanam di kawasan gunung dan lembangan pengairan dan tempoh penuaian pertengahan september.

Contoh Contoh Kurma Jenama Sendiri Yang Di Kilangkan Oleh Kilang Al Hannanx

Harga Untuk Kurma Jenama Sendiri

FAQ

Most frequent questions and answers

Modal untuk membuat jenama sendir adalah mengikut jenis kurma yang di kehendaki. Minima Belian adalah 1000 pouch/kotak . Rujuk Jadual Harga

14 hari waktu bekerja dari pembayaran deposit

Kami tidak menanggung kos penghantaran, tetapi kami boleh uruskan nya . Harga bergantung kepada jarak lokasi.

Ya Boleh . Tetapkan appoitment bersamam team sales kami terlebih dahulu 

Contact
+6016 873 4032

sales.alhannan@gmail.com

Open chat
1
Hi Assalamualaikum / Salam Sejahtera . Boleh Saya Bantu Anda