
VIRAL SUMAC BOLEH SEMBUHKAN
COVID 19 ?
Ya !! Tengah viral sekarang orang berkata mengenai herba SUMAC ini. Kononnya Herba SUMAC ini dapat melawan CORONA VIRUS ini @ COVID-19
Kisah ini bermula sekitar tahun 2020 yang mana seorang perempuan yang alim telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SWT sebanyak 2 Kali .
Dalam mimpi yang pertama itu beliau di beri tahu mengenai virus yang melanda dunia sekarang iaitu Covid 19 ini dengan menggunakan SUMAC sebagai PENAWAR nya .
Akan Tetapi beliau telah di goda oleh SYAITON supaya tidak menghebahkan mimpi ini kepada sesiapa pun mengatakan SUMAC ini Dapat Menyembuhkan COVID 19.
Namun Pada malam kedua beliau bermimpi sekali lagi bertemu Rasullullah SWT dan memarahi beliau kerana tidak mempercayai dan tidak menghebahkan kepada umum lalu di tujukkan di dalam mimpi itu orang yang terkena virus ini lalu diberi bancuhan SUMAC terus sembuh dari penyakitnya.
LALU ..
Ada seseorang telah bertanyakan kepada pendakwah terkenal iaitu Ben Halima Abderraouf . Selepas itu tersebarlah dakwaan mengenai MIMPI ini
……………………………………………………….
Pada kami, mudah sahaja. Selagi tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, jangan guna dan pandai-pandai sebarkan berita palsu bahawa buah Sumac ini boleh membuatkan pesakit Covid sembuh.
Wallahua’alam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Pokoknya di sini, perkongsian berkenaan Sumac ini bukanlah tentang ubat untuk merawat COVID-19 semata-mata. Ada banyak lagi kelebihan, kebaikan dan khasiat sumac yang orang Malaysia tak tahu.